Tuesday, December 22, 2009

WEDDING EVENT #4








Tahniah kepada Kak Nana dan Abang Zul! Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Monday, December 21, 2009

ENGAGEMENT EVENT #1






Tahniah kepada Cik Idayu Dan Encik Rahim. =)

Saturday, December 19, 2009

Wednesday, December 16, 2009

FOTO HARI INI #8

Main-main dengan HDR. Sila google. =)

LEMBAH BERINGIN GOLF & COUNTRY CLUB



Semua gambar diambil menggunakan Canon EOS 7D. Hehehe...

WEDDING EVENT #3



FOTO HARI INI #7

Light trail dari jejantas Yu Yuan Sandakan.

WEDDING EVENT #2



Monday, December 14, 2009

WEDDING EVENT #1




PERGI

Al-Fatihah buat arwah nenek aku yang telah pergi menghadap Ilahi pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. We love u dear grandma...

WEDDING ASSIGNMENT

Dari kiri: EOS 350D, EOS 40D, EOS 1000D (Aku punya, tapi pakai lens 17-85mm USM), EOS 40D


Kat atas ni gambar gear yang Encik Abang dan aku guna untuk wedding event Encik Shaggy (kawan Encik Abang) kat Kg. Pandan. Ni majlis sanding sebelah perempuan. Aku upload gear yang kami guna jak, later aku upload gambar pengantin lak... Hehehe, setakat ni aku dah buat 4 wedding event, tapi still tak dapat nak challenge skill Encik Abang (kipas-kipas sikit)... Hehehe... Anyway, nanti aku dah rajin sikit aku upload gambar-gambar wedding yang aku amik, aku malas nak upload sekarang sebab line lembab gila... Huhu...

CANON EOS 7D

Camwhore ngan EOS 7D

Seriously, ini memang kamera yang maha kejam! Hahaha! Actually, ini bukan kamera aku, ini kamera Encik Abang. Aku pinjam saja. Hehehe... Ni la kamera yang paling hebat yang penah aku pegang! Kamera ni 18 megapiksel, memang kejam gambar-gambar yang diambil. Memang sharp! Lagi satu, kamera ni solid, besar dan berat, 2x lebih besar dari EOS 1000D aku. Hehe, apa yang menarik tentang kamera ialah ISO dia yang memang betul-betul buat aku kagum! Cuba bayangkan, pakai ISO 3200 pun still cantik gambar yang diambil. Kesan noise dan grain memang terkawal. Kalau pakai 1000D, ISO 1600 confirm berbintik gambar yang diambil. Tak perlu pakai flash, just boost ISO pun sudah cukup untuk terangkan gambar yang diambil. Aku dah try tadi, memang betul apa yang Encik Abang cakap, tak payah pakai flash! Lagi satu, EOS 7D ni pakai Dual DIGIC 4 Processor, so memang laju. Tapi aku tak mampu lagi nak beli EOS 7D, harga dia dekat RM7K tuuu... Aku ni student lagi, aku mampu pinjam jak. Hehehe... Anyway EOS 7D memang superb! Berbaloi-baloi kata Encik Abang... Hehehe... Owh, Tadi aku buat photoshoot kat Lembah Beringin Golf and Country Club Perak sempena DCA Golf Challenge 2009. Encik Abang yang tarik aku pergi event ni... Macam-macam yang aku belajar hari ni. Hehehe... Nanti aku upload gambar-gambar yang aku ambil guna EOS 7D sebab tadi aku dapat full-control kat kamera tu sebab Encik Abang kena rush ke KL sebab ada urusan lain. Aku pun nak tukar body gak, aku nak try EOS 500D, 7D aku tak mampu lagi. Sekarang ni aku tengah bekerja keras untuk mengumpul dana ntuk body kamera yang baru. Hehehe... Harap-harap tercapai la cita-cita aku nak tukar body, mana tahan hari-hari kena "racun"!

Thursday, December 3, 2009

HAI, INI KAD NAMA SAYA! SELAMAT BERKENALAN!


Sebenarnya baru siap design saja, belum print lagi. Hehe...

Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

HAPPY BURPDAY BUDDY!


Saya dengan sungguh berbesar hati ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke 20 (mungkin)
kepada Afif Aizad dengan ucapan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Keep on rocking dude!

Saturday, November 14, 2009

2012


We were warned, but we didn't listen. :)

Friday, November 13, 2009

Thursday, November 12, 2009

LIGHTNING!

Foto baru sahaja diambil tadi. Hujan sangat lebat sekarang. Pukulan filem 2012 mungkin.

WOOT WOOT!

Light trail!!!

KEDEBUSHH!





Why so serious?

Wednesday, November 11, 2009

APA AKU BUAT KALAU BOSAN #1

Entri pertama untuk siri "Apa Aku Buat Kalau Bosan". Hehehe...

Ya, aku selalu rasa bosan, dan untuk menghilangkan kebosanan yang melanda, aku akan buat aktiviti-aktiviti yang aku suka. Antara benda yang paling aku suka buat ialah bermain dengan Photoshop. Serius, benda ni addicting kalau betul-betul minat! Aku pun dulu "blank" juga masa mula-mula kenal dengan aplikasi Photoshop ni. Tapi atas sebab ingin tahu yang tinggi, aku belajar aplikasi ni secara online. Apa susah, Google kan ada? Hehe...

Photoshop ni boleh buat macam-macam. Boleh buat graphic design, banner, photo-impose etc. Banyak juga artwork yang aku buat guna aplikasi ni. Terutamanya untuk design t-shirt. Tapi aku tak pernah upload pun di blog ni. Malas mahu upload, connection lembab macam kura-kura. Tapi, ada juga sesetengah artwork yang aku buat aku post di Facebook aku di dalam folder "Jus Otak Mengalir Deras". Itupun sebab mahu tag kawan-kawan aku. Maaf kepada sesiapa yang menjadi mangsa photo-impose yang aku buat tu (Joko, Zul, Sarie, Afiq dan beberapa nama lain). And sorry for the bad editing work. Hehe...

Aplikasi ni sebenarnya mudah saja, yang penting mesti ada minat dan idea. Aku pun masih belajar lagi tentang Photoshop ni. Masih banyak lagi benda yang aku tak tahu. Nanti kalau aku rajin, aku upload design-design yang aku buat guna Photoshop. Ok, chow dulu... Mahu makan, lapar...

p/s: Kamu buat apa kalau bosan? :)

Tuesday, November 10, 2009

ENTRI TANPA TAJUK KHAS

Akhirnya, settle juga paper ACC114. Hampir berdarah hidung aku menjawab soalan-soalan akaun ni. Lupakan pasal ACC114, sekarang aku mahu fokus untuk paper ECO211. Serius, aku agak "blank" kalau bercerita pasal subjek ni. So, memandangkan aku ada 4 hari untuk belajar, aku akan cuba untuk mendalami subjek ini dengan serius. Chewah!

Tukar cerita, agak lama juga aku tak menulis panjang di blog ni. Sebenarnya aku tak pernah pun tulis panjang-panjang dalam blog ni, sebab aku memang tiada idea. Kebanyakan entri-entri yang aku post, lebih berat ke arah gambar. Hehehe... Aku punya blog, suka hati aku la mahu upload apa. Apa-apa pun, terima kasih sebab follow blog yang bosan ni. Serius, aku terharu. Hehehe... Bermula hari ini, aku berjanji kepada diri sendiri untuk update blog aku ni sekerap mungkin dengan lebih banyak info-info, tulisan-tulisan yang panjang dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, melalui gambar pun boleh ceritakan segala-galanya kan?

Oh ya, aku mahu buat siri "APA AKU BUAT KALAU BOSAN". Siri pasal benda-benda yang biasa aku buat kalau aku bosan dan punya banyak masa untuk dibuang, hehehe. Aku harap kamu enjoy la siri yang bakal aku buat ni, ya?
Ok, chow... Cukup sampai disini, aku mahu tidur dulu. Aku mahu balas balik waktu tidur aku yang terjejas gara-gara belajar ACC114 secara serius. Kepada sesiapa yang menduduki peperiksaan, semoga berjaya dan selamat menjawab kertas soalan. And thanks to Felicea for following my lame blog, hehe... Adios...

Thursday, November 5, 2009

FOTO HARI INI #4

Foto diambil sekitar jam 6.10am tadi.

WADEFAK!

Ada empat hari lagi sebelum paper ACC114. Damn!

CUCI-CUCI BLOG

Peh! Lama gila aku tak update blog! Berhabuk sunggoh blog ini! Wawawa! Owh! Aku sudah ada dua orang follower! Aku sangat teruja, HAHAHA! Terima kasih Cik Yaya dan Cik K kerana follow blog bosan ini. Ya, semenjak beberapa minggu ni, aku sibuk tahap dewa. Biasalah, final exam. Final exam hampir buat aku jadi gila. By the way, aku ada lagi 3 paper yang belum selesai, CTU263, ACC114 dan ECO211. Lepas tu, aku boleh enjoy puas-puas! Muahaha! Boleh la aku ambil gambar banyak-banyak time cuti nanti sampai muntah.

Owh, baru teringat. Aku mengidam mahu makan Double Cheeseburger McD dua biji. Siapa-siapa mahu belanja aku tak? Om nom nom!

Aku chow dulu. Mahu belajar CTU263, jam 2pm nanti ada exam. Ada ciri-ciri pelajar yang berjaya tak aku ni? Hehe...

Saturday, October 3, 2009

LENSA OH LENSA

Aku rasa lens kamera aku semakin menurun prestasinya. Mungkin kerana terlalu kerap digunakan. Sekarang lens kadang-kadang dapat fokus, kadang-kadang tidak dapat fokus. Apa hal? Huhu... Sekarang mood mahu menembak sudah tidak sama macam dulu-dulu. Mungkin sebab prestasi lens yang semakin menurun. Encik abang, bila mahu belanja saya lens canon EF-S 55-250mm f/4-5.6 IS? =p
Dan ada siapa-siapa tahu dimana tempat yang bloeh repair lens dalam kadar harga yang murah di sekitar KK?

Friday, October 2, 2009

ENTRI PENDEK

PENDEK.

Haha, aku sebenarnya tiada idea.
Hanya mahu buang habuk-habuk di blog ni.
=P

Saturday, September 12, 2009

6 BENDA YANG AKU TAKUT (NANTI AKU TAMBAH LAGI)

1. Cedera membabitkan jalan tar
2. Tercabut kuku semasa bermain bola
3. Dipanah petir ketika bergurau
4. Matematik tingkatan 2 ke atas
5. Kawan-kawan rapat semua join tabligh
6. Sakit perut dalam bas ekspres

Nanti aku tambah lagi. Saja-saja mahu update blog. Takut berhabuk.
Siapa-siapa mahu tolong aku buat assignment tak?

Tuesday, September 8, 2009

FOTO HARI INI #3

Foto diambil dari tingkap bilik aku. Aku suka sunset. Nanti aku upload gambar sunset lagi.

Monday, September 7, 2009

OH SHIT #1

Dammit! Lumix LX-3 yang hampir buat aku orgasme! Aku nak!

FOTO HARI INI #2

Foto diambil semasa dalam perjalanan turun dari tangga Cluster A yang super-tinggi.

KATA-KATA SEORANG PELAJAR #2

"Fiq, harini aku ada satu kelas jak...(sambil buat muka bangga)"

-Riez kepada classmatenya, Afiq
sebaik sahaja kelas PAD170 tamat

SHITLIST

Ya, ya. Shitlist. Senarai yang MENYUSAHKAN dan MENJENGKELKAN aku. Aku tidak membenci mereka, mereka juga manusia bukan? Aku juga manusia, punya kelemahan diri. Cuma aku tidak faham kenapa mereka tidak sedar dan memperbaiki kelemahan tersebut.
Yang penting, mereka tetap menjengkelkan aku. Nak tahu siapa?

1. Orang yang tak pandai beratur semasa menaiki bas. Aku cukup jengkel dengan orang-orang begini. Susah sangat ka nak beratur, bodoh? Tak susah kan? Pakai otak la, kau ingat kau seorang saja yang ada kelas? Aku pun ada kelas. Pantang nampak bas sampai kat bustop, terus berebut macam orang kampung. Haih!

2. Orang yang tak pandai beratur semasa membayar. Tak kisahlah samada di koperasi atau di kafeteria. Sama sahaja. Takkan la di koperasi dan kafeteria kena ada sistem nombor bergilir macam di bank baru nak pandai tunggu giliran? Ingat kau saja ada duit? Aku pun ada duit nak bayar.

3. Orang yang tidak pandai menepati masa. Kalau dah janji nak datang jam 12, jam 12 lah. Yang kau datang jam 1 apa cerita? Jalan jam? Eat my ass! Susah sangat ka nak tepati waktu tu? Buang masa aku betul. Macam-macam boleh aku buat masa menunggu tahu tak?

4. Orang yang meminta makanan tanpa rasa hormat dan malu. Yang ini aku betul-betul jengkel. Bukan aku lokek, tapi kadang-kadang sakit hati kan kalau kita rasa lapar, tiba-tiba ada mamat dengan wajah selamba minta atau ambil terus makanan tu dari kita. Jengkel kan? Kalau kita lapar dan minta makanan dia pula, macam-macam alasan yang diberikan, kekasih belikanlah, laparlah, tak cukuplah. Selalu sangat terjadi. Perangai macam zionis. Mak bapak tak ajar adab ka? Kasihan.

5. Lelaki memakai baju merah jambu. Malas mahu komen lebih. Kombinasi warna merah jambu hanya sesuai dengan gadis, tahu tak? Tapi tidak mengapa, duit kamu, bukan duit aku.

6. Budak-budak yang gantung DSLR di leher tapi tak tahu apa-apa. Spesies ini kelakar sikit. Gantung DSLR macam profesional. Bila kita tanya apa itu ISO, Shutter Speed, Depth-of-Field, dia buat muka blur. Tengok setting kamera, FULL AUTO. Patutlah. Aku pun baru berjinak-jinak dalam fotografi, tapi sekurang-kurangnya aku tahu manual mode, apa itu ISO dan WB, apa fungsi AV/TV dan sebagainya. Maaf, tapi lebih baik kamu simpan sahaja DSLR kamu dalam beg kalau kamu hanya pandai guna FULL AUTO. Ya?

7. Budak shuffle. Ini trend yang paling bodoh dalam sejarah peradaban manusia. Maaf kalau pendapat kamu bertentangan ya? Tapi aku sangat-sangat tidak suka melihat atau terlihat budak-budak baru nak kenal dunia bershuffle depan supermarket atau dimana sahaja. Macam monyet. Aku pernah tengok adik aku cuba-cuba mahu shuffle, aku directly tendang kaki dia sampai jatuh. Kisah benar. Aku bukan abang yang baik (cerita lain).

8. Orang yang meludah di merata-rata tempat. Selalunya orang-orang tua yang buat perangai begini. Sepatutnya, golongan-golongan ini menunjukkan sikap yang baik. Tapi tidak. Selamba saja meludah di hadapan orang, di kedai makan dan sebagainya. Pengotor. Baik duduk rumah diam-diam.

Baiklah, itu sahaja. Nanti aku tambah lagi. Perut dalam keadaan kosong, susah mahu berfikir. Biasalah, puasa. Kamu puasa tak?

FOTO HARI INI #1

Foto diambil semasa kelas BEL311 di fastrack.

Sunday, September 6, 2009

KATA-KATA SEORANG PELAJAR #1

"Ayah, boleh kirim seratus? Hehe..."
-Riez kepada Ayahnya


ENTRI TANPA MOTIF

Hah, lega dah berbuka puasa. Tapi puasa hari ini dan hari kemarin macam tiada cabaran. Kenapa? Sebab aku bangun dari tidur jam 4.45 petang! Haha! Kira makruh tak puasa aku? Sebab aku tidur jam 7 pagi, hehe. Aku rasa aku perlu ubah gaya hidup aku ni. Rasa macam tak sihat. Kalau waktu siang, rasa mengantuk, tapi kalau waktu malam, segar gila. Hmm... Assignment ada banyak lagi. PAD170, PAD 230, CTU263, ECO211... Ya, aku seorang lelaki yang sibuk. Maaf kepada puan kekasih kalau aku tak terlayan kamu ya?

SELAMAT PAGI DUNIA

Sekarang sudah jam 6 pagi dan aku masih tak tidur lagi. Ya, waktu, tidur aku seakan-akan sudah terbalik. Disebabkan aku tak dapat tidur, aku buat blog. Apa motif aku buat blog? Trend? Cemburu dengan kawan-kawan yang ada blog? Aku buat blog ini sebab aku rasa bosan sebenarnya. Mungkin aku perlukan sebuah tempat untuk aku luahkan pendapat-pendapat aku, idea-idea aku yang mungkin aku tak dapat luahkan secara lisan. Duh, introduction yang sungguh skema. LOL! Mari berkenalan dengan aku!
  • nama aku Riez
  • suka photography
  • suka muzik
  • suka seni
  • photoshop
  • lightroom
  • suka ambil gambar orang, tapi tidak suka digambar
  • UITM Sabah Student
  • Semester 3, Diploma in Public Administration
  • tidak suka menunggu
  • support Indie
  • tidak pandai bermain DOTA
  • pelupa
  • benci matematik
  • tidak pandai bermain gitar
Itu sahaja yang dapat aku beritahu buat masa ini. Maaf kalau blog ini jarang di kemaskini. Mungkin kerana kekeringan idea ataupun ditindis dengan timbunan-timbunan assignment yang diberikan oleh lecturer yag dikasihi. Terima kasih.