Saturday, September 12, 2009

6 BENDA YANG AKU TAKUT (NANTI AKU TAMBAH LAGI)

1. Cedera membabitkan jalan tar
2. Tercabut kuku semasa bermain bola
3. Dipanah petir ketika bergurau
4. Matematik tingkatan 2 ke atas
5. Kawan-kawan rapat semua join tabligh
6. Sakit perut dalam bas ekspres

Nanti aku tambah lagi. Saja-saja mahu update blog. Takut berhabuk.
Siapa-siapa mahu tolong aku buat assignment tak?

Tuesday, September 8, 2009

FOTO HARI INI #3

Foto diambil dari tingkap bilik aku. Aku suka sunset. Nanti aku upload gambar sunset lagi.

Monday, September 7, 2009

OH SHIT #1

Dammit! Lumix LX-3 yang hampir buat aku orgasme! Aku nak!

FOTO HARI INI #2

Foto diambil semasa dalam perjalanan turun dari tangga Cluster A yang super-tinggi.

KATA-KATA SEORANG PELAJAR #2

"Fiq, harini aku ada satu kelas jak...(sambil buat muka bangga)"

-Riez kepada classmatenya, Afiq
sebaik sahaja kelas PAD170 tamat

SHITLIST

Ya, ya. Shitlist. Senarai yang MENYUSAHKAN dan MENJENGKELKAN aku. Aku tidak membenci mereka, mereka juga manusia bukan? Aku juga manusia, punya kelemahan diri. Cuma aku tidak faham kenapa mereka tidak sedar dan memperbaiki kelemahan tersebut.
Yang penting, mereka tetap menjengkelkan aku. Nak tahu siapa?

1. Orang yang tak pandai beratur semasa menaiki bas. Aku cukup jengkel dengan orang-orang begini. Susah sangat ka nak beratur, bodoh? Tak susah kan? Pakai otak la, kau ingat kau seorang saja yang ada kelas? Aku pun ada kelas. Pantang nampak bas sampai kat bustop, terus berebut macam orang kampung. Haih!

2. Orang yang tak pandai beratur semasa membayar. Tak kisahlah samada di koperasi atau di kafeteria. Sama sahaja. Takkan la di koperasi dan kafeteria kena ada sistem nombor bergilir macam di bank baru nak pandai tunggu giliran? Ingat kau saja ada duit? Aku pun ada duit nak bayar.

3. Orang yang tidak pandai menepati masa. Kalau dah janji nak datang jam 12, jam 12 lah. Yang kau datang jam 1 apa cerita? Jalan jam? Eat my ass! Susah sangat ka nak tepati waktu tu? Buang masa aku betul. Macam-macam boleh aku buat masa menunggu tahu tak?

4. Orang yang meminta makanan tanpa rasa hormat dan malu. Yang ini aku betul-betul jengkel. Bukan aku lokek, tapi kadang-kadang sakit hati kan kalau kita rasa lapar, tiba-tiba ada mamat dengan wajah selamba minta atau ambil terus makanan tu dari kita. Jengkel kan? Kalau kita lapar dan minta makanan dia pula, macam-macam alasan yang diberikan, kekasih belikanlah, laparlah, tak cukuplah. Selalu sangat terjadi. Perangai macam zionis. Mak bapak tak ajar adab ka? Kasihan.

5. Lelaki memakai baju merah jambu. Malas mahu komen lebih. Kombinasi warna merah jambu hanya sesuai dengan gadis, tahu tak? Tapi tidak mengapa, duit kamu, bukan duit aku.

6. Budak-budak yang gantung DSLR di leher tapi tak tahu apa-apa. Spesies ini kelakar sikit. Gantung DSLR macam profesional. Bila kita tanya apa itu ISO, Shutter Speed, Depth-of-Field, dia buat muka blur. Tengok setting kamera, FULL AUTO. Patutlah. Aku pun baru berjinak-jinak dalam fotografi, tapi sekurang-kurangnya aku tahu manual mode, apa itu ISO dan WB, apa fungsi AV/TV dan sebagainya. Maaf, tapi lebih baik kamu simpan sahaja DSLR kamu dalam beg kalau kamu hanya pandai guna FULL AUTO. Ya?

7. Budak shuffle. Ini trend yang paling bodoh dalam sejarah peradaban manusia. Maaf kalau pendapat kamu bertentangan ya? Tapi aku sangat-sangat tidak suka melihat atau terlihat budak-budak baru nak kenal dunia bershuffle depan supermarket atau dimana sahaja. Macam monyet. Aku pernah tengok adik aku cuba-cuba mahu shuffle, aku directly tendang kaki dia sampai jatuh. Kisah benar. Aku bukan abang yang baik (cerita lain).

8. Orang yang meludah di merata-rata tempat. Selalunya orang-orang tua yang buat perangai begini. Sepatutnya, golongan-golongan ini menunjukkan sikap yang baik. Tapi tidak. Selamba saja meludah di hadapan orang, di kedai makan dan sebagainya. Pengotor. Baik duduk rumah diam-diam.

Baiklah, itu sahaja. Nanti aku tambah lagi. Perut dalam keadaan kosong, susah mahu berfikir. Biasalah, puasa. Kamu puasa tak?

FOTO HARI INI #1

Foto diambil semasa kelas BEL311 di fastrack.

Sunday, September 6, 2009

KATA-KATA SEORANG PELAJAR #1

"Ayah, boleh kirim seratus? Hehe..."
-Riez kepada Ayahnya


ENTRI TANPA MOTIF

Hah, lega dah berbuka puasa. Tapi puasa hari ini dan hari kemarin macam tiada cabaran. Kenapa? Sebab aku bangun dari tidur jam 4.45 petang! Haha! Kira makruh tak puasa aku? Sebab aku tidur jam 7 pagi, hehe. Aku rasa aku perlu ubah gaya hidup aku ni. Rasa macam tak sihat. Kalau waktu siang, rasa mengantuk, tapi kalau waktu malam, segar gila. Hmm... Assignment ada banyak lagi. PAD170, PAD 230, CTU263, ECO211... Ya, aku seorang lelaki yang sibuk. Maaf kepada puan kekasih kalau aku tak terlayan kamu ya?

SELAMAT PAGI DUNIA

Sekarang sudah jam 6 pagi dan aku masih tak tidur lagi. Ya, waktu, tidur aku seakan-akan sudah terbalik. Disebabkan aku tak dapat tidur, aku buat blog. Apa motif aku buat blog? Trend? Cemburu dengan kawan-kawan yang ada blog? Aku buat blog ini sebab aku rasa bosan sebenarnya. Mungkin aku perlukan sebuah tempat untuk aku luahkan pendapat-pendapat aku, idea-idea aku yang mungkin aku tak dapat luahkan secara lisan. Duh, introduction yang sungguh skema. LOL! Mari berkenalan dengan aku!
  • nama aku Riez
  • suka photography
  • suka muzik
  • suka seni
  • photoshop
  • lightroom
  • suka ambil gambar orang, tapi tidak suka digambar
  • UITM Sabah Student
  • Semester 3, Diploma in Public Administration
  • tidak suka menunggu
  • support Indie
  • tidak pandai bermain DOTA
  • pelupa
  • benci matematik
  • tidak pandai bermain gitar
Itu sahaja yang dapat aku beritahu buat masa ini. Maaf kalau blog ini jarang di kemaskini. Mungkin kerana kekeringan idea ataupun ditindis dengan timbunan-timbunan assignment yang diberikan oleh lecturer yag dikasihi. Terima kasih.