Wednesday, June 30, 2010

WEDDING EVENT #5






Cuba-cuba edit gaya lomo. Awesome!

SIRI MASAK-MEMASAK

Resipi Sirap Bandung

Anda terasa haus? Teringin minum air sirap bandung? Well, hari ini saya akan perturunkan
resipi sirap bandung yang saya ambil dari majalah "Memasak Bersama Pelakon".

Air Bandung Jehan

Bahan-bahan:
  • Segelas air sejuk
  • Sirap secukup rasa (lagi banyak sirap, lagi pekat)
  • Sesudu susu cap junjung
  • Sepenuh keyakinan
Semasa proses mengadun bahan-bahan diatas, saya mendapati rumah saya tiada
susu cap junjung. Saya tidak panik kerana saya memang bijak dalam hal-hal survival ni.
Biasalah, berkat selalu tengok Man Vs. Wild. Saya periksa peti sejuk, hmmm... Ada creamer
McD. Saya ambil creamer tu, masukkan dalam bancuhan air sirap. Kacau hingga sebati. Cewah!
Air yang mulanya berwarna merah bertukar menjadi merah jambu. Tekak mula meronta-ronta.
Disebabkan haus, saya teguk air sirap dengan sekali lahap.
Hasilnya?



Fakta sains: Susu tepung tak larut dalam air. Jangan jadi bodoh.

Wednesday, June 16, 2010

20 TAHUN KEMUDIAN

Lebih kurang 20 tahun lalu, saya tidaklah seperti keadaan fizikal saya sekarang. Pada waktu itu,
saya masih lagi seekor sperma yang berenang-renang tanpa hala tuju. Sudah tentu ketika itu saya belum pandai menggunakan kamera.

Tapi, 20 tahun kemudian, saya sudah besar dan saya hanya mampu buat kamu baca entri ini. Dan yang paling penting, saya sudah berjaya tak mati selama 20 tahun.

Kepada Si Kekasih,

Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi, suka dan duka. Saya sayang kamu!

Kepada kawan-kawan,

Terima kasih sebab sebab selalu membantu saya ketika susah. I will always remember that!
Kawan sampai mati.

To death,
Riez 20 - Death 0. Cuba lagi tahun hadapan. =)

Kepada semua,
Terima kasih sebab masih baca blog saya yang macam celaka ni. Maaf sebab lama tidak update. Biasalah, malas. Ok, selamat malam!