Monday, March 7, 2011

MARI MAIN TAG

Main tag demi membunuh kebosanan. Layan!

1. Do you believe in love at first sight?
Tak mungkin. Orang buta juga boleh berkahwin.

2. Where is the place that you want to go the most?
Kemana-mana pun boleh, yang penting ada Megan Fox disisi.

3. If you can have 1 dream to come true, what would it be?
Jumpa doraemon dalam laci.

4. Do you believe in seeing a rainbow after the rain?
Only 'bow' comes after the rain. if rainbow does, it'll be called a 'rainrainbow'. Hehe...

5. If you win $1 million, what would you do?
Beli suma barang dari wishlist saya iaitu;
  • macbook pro
  • iphone 4
  • cinelli mash 2011
  • canon eos 7d
duit yang lebih-lebih tu saya simpan dalam bank, peram lama-lama.

6. If you meet someone that you love, would you confess to him/her?
Tak. Ego saya sebesar laut Cina Selatan.

7. Who are the top five people in the world you would wish to meet?
Keempat-empat anggota Teletubbies. Kalau boleh saya mahu tendang perut mereka, biar padan muka mereka kerana merosakkan zaman kanak-kanak saya. Lagi satu, Megan Fox. Sebab beliau serius hot.

8. Which type of cars I love the most?
Hummer H2 atau Evo warna kuning. Kalau dapat, saya adalah manusia paling gembira di dunia.

9. What do you think is the most important thing in your life?
Jantung.

10. Are you a shopaholic or not?
Saya boleh hidup tanpa kad diskaun Servay dan Parkwell.

11. What kind of electronic device/gadget you own that you like most?
Henfon Nokia E5 saya, boleh simpan toyol banyak-banyak. Awesome.

12. Are you in love?
Eh.. Macam tahu-tahu saja... **blushing blushing**

13. If given a chance, do you want to see your future?
Nope, tak adventure la hidup ni kalau boleh tengok future, kan?

Saya tag Barrack Obama, Nik Aziz, Afiq Zuber, Aydil Fazni, Rosyam Nor, Mustapha kamal, Mark Zuckerberg and YOU.

OBSESI


Saya dan basikal saya A.K.A. teman wanita #2

Sekarang ni, saya ada obsesi baru. Basikal fixed gear. Hehe... Fixed gear ataupun lebih dikenali sebagai "fixie" adalah basikal yang menggunakan sistem gear mati. Untuk maklumat lebih lanjut, tanya Encik Google. Beliau sedia membantu. Saya mula bermain fixed gear pada bulan Jun 2010. Semuanya bermula apabila saya secara tidak sengaja menjumpai blog komuniti fixed gear Malaysia iaitu RATSKL. Sekarang ni, saya hanya pakai conversion sahaja, basikal road bike yang diconvert menjadi fixed gear. Masa mula-mula berjinak dengan sukan ni, memang sedih. Sebab hometown saya tiada jual gear mati. So, terpaksalah saya welding gear basikal tu terus ke hub. Syukur kerana saya ada ayah yang sangat supportive, beliau banyak membantu saya untuk membuat basikal fixed gear saya yang pertama yang masih saya gunakan sehingga hari ini. Masa mula-mula belajar pakai basikal fixed gear ni, macam-macam pengalaman yang saya dapat. Yalah, saya ni tinggal di Sandakan, dan memang basikal fixed gear belum wujud di sana. So, memang tiada tempat untuk saya membuat rujukan mengenai basikal fixed gear ni. Semuanya hasil daripada membaca forum dan google. Banyak parut yang saya dapat hasil daripada bermain basikal fixed gear, tapi saya tak pernah menyesal pun. Sebab saya buat sesuatu yang saya minat. Haha. Duit pun sudah banyak terkorban, tapi tak mengapalah, yang penting adalah kepuasan. Sekarang, hari-hari saya ride ke kelas. Paling awesome kalau kelas pagi, sejuk dan penuh dengan cabaran. Lagipun, basikal fixed gear ni jimat, tak banyak maintenance yang kena jaga, memang sesuai la untuk student macam saya ni. Dan ya, saya pakai basikal brakeless. Tapi of courselah saya pakai pedal strap, bahaya kalau ride brakeless tanpa pedal strap. Overall, basikal fixed gear ni memang banyak memberi kesan yang mendalam kepada saya. Sekarang saya tak perlu susah-susah berjalan kaki ke kelas, hehe... So, anda bila lagi? =)

Saturday, March 5, 2011

TERIMA KASIH "KAWAN"

Thanks.

Hari ini genap seminggu saya minta tolong dari kamu.
But still, tiada apa-apa.
Beginilah, kalau tak mahu tolong, cakap awal-awal supaya saya tak tertunggu-tunggu.
Senang.

Tak apa, nanti satu hari kamu minta tolong dari saya... Saya buat kamu tertunggu-tunggu, mahu?

Tidak, saya tak akan buat kamu macam tu. Sebab saya masih anggap kamu "kawan".

You know who you are. =)

Oh ya, maaf sebab lama tidak update. Saya sendiri pun lupa yang saya ada blog. Tak apa, nanti saya update lagi. Update yang panjang, saya janji. Hehe...