Thursday, November 26, 2009

Tuesday, November 24, 2009

HAPPY BURPDAY BUDDY!


Saya dengan sungguh berbesar hati ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke 20 (mungkin)
kepada Afif Aizad dengan ucapan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Keep on rocking dude!

Saturday, November 14, 2009

2012


We were warned, but we didn't listen. :)

Friday, November 13, 2009

Thursday, November 12, 2009

LIGHTNING!

Foto baru sahaja diambil tadi. Hujan sangat lebat sekarang. Pukulan filem 2012 mungkin.

WOOT WOOT!

Light trail!!!

KEDEBUSHH!





Why so serious?

Wednesday, November 11, 2009

APA AKU BUAT KALAU BOSAN #1

Entri pertama untuk siri "Apa Aku Buat Kalau Bosan". Hehehe...

Ya, aku selalu rasa bosan, dan untuk menghilangkan kebosanan yang melanda, aku akan buat aktiviti-aktiviti yang aku suka. Antara benda yang paling aku suka buat ialah bermain dengan Photoshop. Serius, benda ni addicting kalau betul-betul minat! Aku pun dulu "blank" juga masa mula-mula kenal dengan aplikasi Photoshop ni. Tapi atas sebab ingin tahu yang tinggi, aku belajar aplikasi ni secara online. Apa susah, Google kan ada? Hehe...

Photoshop ni boleh buat macam-macam. Boleh buat graphic design, banner, photo-impose etc. Banyak juga artwork yang aku buat guna aplikasi ni. Terutamanya untuk design t-shirt. Tapi aku tak pernah upload pun di blog ni. Malas mahu upload, connection lembab macam kura-kura. Tapi, ada juga sesetengah artwork yang aku buat aku post di Facebook aku di dalam folder "Jus Otak Mengalir Deras". Itupun sebab mahu tag kawan-kawan aku. Maaf kepada sesiapa yang menjadi mangsa photo-impose yang aku buat tu (Joko, Zul, Sarie, Afiq dan beberapa nama lain). And sorry for the bad editing work. Hehe...

Aplikasi ni sebenarnya mudah saja, yang penting mesti ada minat dan idea. Aku pun masih belajar lagi tentang Photoshop ni. Masih banyak lagi benda yang aku tak tahu. Nanti kalau aku rajin, aku upload design-design yang aku buat guna Photoshop. Ok, chow dulu... Mahu makan, lapar...

p/s: Kamu buat apa kalau bosan? :)

Tuesday, November 10, 2009

ENTRI TANPA TAJUK KHAS

Akhirnya, settle juga paper ACC114. Hampir berdarah hidung aku menjawab soalan-soalan akaun ni. Lupakan pasal ACC114, sekarang aku mahu fokus untuk paper ECO211. Serius, aku agak "blank" kalau bercerita pasal subjek ni. So, memandangkan aku ada 4 hari untuk belajar, aku akan cuba untuk mendalami subjek ini dengan serius. Chewah!

Tukar cerita, agak lama juga aku tak menulis panjang di blog ni. Sebenarnya aku tak pernah pun tulis panjang-panjang dalam blog ni, sebab aku memang tiada idea. Kebanyakan entri-entri yang aku post, lebih berat ke arah gambar. Hehehe... Aku punya blog, suka hati aku la mahu upload apa. Apa-apa pun, terima kasih sebab follow blog yang bosan ni. Serius, aku terharu. Hehehe... Bermula hari ini, aku berjanji kepada diri sendiri untuk update blog aku ni sekerap mungkin dengan lebih banyak info-info, tulisan-tulisan yang panjang dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, melalui gambar pun boleh ceritakan segala-galanya kan?

Oh ya, aku mahu buat siri "APA AKU BUAT KALAU BOSAN". Siri pasal benda-benda yang biasa aku buat kalau aku bosan dan punya banyak masa untuk dibuang, hehehe. Aku harap kamu enjoy la siri yang bakal aku buat ni, ya?
Ok, chow... Cukup sampai disini, aku mahu tidur dulu. Aku mahu balas balik waktu tidur aku yang terjejas gara-gara belajar ACC114 secara serius. Kepada sesiapa yang menduduki peperiksaan, semoga berjaya dan selamat menjawab kertas soalan. And thanks to Felicea for following my lame blog, hehe... Adios...

Thursday, November 5, 2009

FOTO HARI INI #4

Foto diambil sekitar jam 6.10am tadi.

WADEFAK!

Ada empat hari lagi sebelum paper ACC114. Damn!

CUCI-CUCI BLOG

Peh! Lama gila aku tak update blog! Berhabuk sunggoh blog ini! Wawawa! Owh! Aku sudah ada dua orang follower! Aku sangat teruja, HAHAHA! Terima kasih Cik Yaya dan Cik K kerana follow blog bosan ini. Ya, semenjak beberapa minggu ni, aku sibuk tahap dewa. Biasalah, final exam. Final exam hampir buat aku jadi gila. By the way, aku ada lagi 3 paper yang belum selesai, CTU263, ACC114 dan ECO211. Lepas tu, aku boleh enjoy puas-puas! Muahaha! Boleh la aku ambil gambar banyak-banyak time cuti nanti sampai muntah.

Owh, baru teringat. Aku mengidam mahu makan Double Cheeseburger McD dua biji. Siapa-siapa mahu belanja aku tak? Om nom nom!

Aku chow dulu. Mahu belajar CTU263, jam 2pm nanti ada exam. Ada ciri-ciri pelajar yang berjaya tak aku ni? Hehe...