Showing posts with label When I'm Bored. Show all posts
Showing posts with label When I'm Bored. Show all posts

Monday, August 16, 2010

HUJUNG MINGGU YANG AWESOME

Jadi, hari ini hari isnin. Tapi saya mahu cerita pasal hari ahad. So, anggap hari ini hari ahad.
Bayangkan situasi saya waktu itu. Saya buat peta projek untuk subjek ETR. Pakai Photoshop. Dengan laptop yang maha kekurangan (skrin bergerak aktif tanpa belas kasihan, macam celaka). So, peta sudah 90% siap, lengkap dengan label. Buat dengan susah payah, urat mata hampir putus gara-gara tengok skrin yang terlalu aktif bergerak-gerak sendiri. Tiba-tiba, laptop saya crash, Photoshop saya "not responding".




Damn.(Maaf, terkasar sikit. Sikit saja, saya janji.)




Habis usaha saya selama 2 jam hilang begitu saja. Cun kan? Saya rasa macam mahu tampar laptop saya laju-laju, tapi kalau saya tampar pun, bukan laptop tu rasa sakit, kan? Tangan saya yang sakit. Jadi, saya pun anggap itu sebagai dugaan bulan ramadhan.
Jadi, saya pun buat balik peta projek tu dari awal. Padan muka saya sendiri, tak pandai save progress. Tak pasal-pasal kena buat kerja dua kali. Haih!

Begitulah saya menghabiskan cuti hujung minggu saya. Sangat produktif.

Cuti hujung minggu kamu bagaimana?

Ok, selamat beramal! 26 days to go!

Wootwoot!



Sunday, August 15, 2010

BULAN RAMADHAN, BULAN UNTUK BERAMAL

Di Kota Kinabalu (ibu negeri Sabah), seorang remaja lelaki berumur lingkungan 20 tahun memerlukan bantuan daripada semua orang yang prihatin terhadap beliau untuk menyumbangkan dana bagi membantu dia meneruskan hidup seperti manusia-manusia lain yang seusia dengan beliau.

marilah menderma. dengan satu ringgit setiap orang sudah memadai. RM 1 X 5000 orang = RM5000.00. Sudah cukup untuk buat beliau tersenyum manja semula.

marilah bersama-sama kita menderma.
sama-sama kita berikan beliau semula senyuman.

Selamat beramal. =)






Mari bantu Riez Castro mendapatkan laptop baru.










Oklah, saya bosan sebenarnya, tapi jangan anggap entri ini main-main.

Saturday, August 14, 2010

J A T U H .

Sekarang adalah waktu yang paling bawah buat saya. Maksud saya waktu yang paling "down". Faham?

Study saya kucar-kacir.
Laptop saya rosak.
Duit saya habis.
Assignment saya mencurah-curah.

Saya rasa macam mahu lari jauh-jauh.
Dan mati diam-diam... Tiada orang tahu.
Lupakan semua benda dan masalah.

Happy Ramadhan.

Terima kasih.

Sunday, August 8, 2010

BILA SEMUA INI HABIS

Semalam saya baring. Saya fikir. Macamana nanti, kalau saya sudah dewasa? Kalau saya sudah tiada kawan-kawan untuk lepak sama-sama. Saya pasti rindu saat itu. Masa saya gembira dengan kawan-kawan. Ketawa dengan kawan-kawan. Sambut hari lahir dengan kawan-kawan. Semua kawan-kawan asal dari tempat yang berbeza. Habis belajar, semua pasti ada hala tuju masing-masing. Saya pasti rindu saat berkejar-kejar di hostel, saat bercuti bersama-sama ke pulau kecil. kawan-kawan lain pula, pasti nanti pasti kerja. Beranak pinak. Pasti saya rindu saat ni. Saat kita gila-gila remaja.

Saya harap kita tak tak pernah jadi dewasa. Nak kekal muda. Gembira sentiasa. Kawan-kawan...

Haih, kadang-kadang saya stress kalau terfikir benda remeh macam begini.

Lepas tengok balik video yang kita buat beberapa semester lalu, buat saya hargai masa kita sama-sama. Thanks for the memories.

Wednesday, June 30, 2010

SIRI MASAK-MEMASAK

Resipi Sirap Bandung

Anda terasa haus? Teringin minum air sirap bandung? Well, hari ini saya akan perturunkan
resipi sirap bandung yang saya ambil dari majalah "Memasak Bersama Pelakon".

Air Bandung Jehan

Bahan-bahan:
  • Segelas air sejuk
  • Sirap secukup rasa (lagi banyak sirap, lagi pekat)
  • Sesudu susu cap junjung
  • Sepenuh keyakinan
Semasa proses mengadun bahan-bahan diatas, saya mendapati rumah saya tiada
susu cap junjung. Saya tidak panik kerana saya memang bijak dalam hal-hal survival ni.
Biasalah, berkat selalu tengok Man Vs. Wild. Saya periksa peti sejuk, hmmm... Ada creamer
McD. Saya ambil creamer tu, masukkan dalam bancuhan air sirap. Kacau hingga sebati. Cewah!
Air yang mulanya berwarna merah bertukar menjadi merah jambu. Tekak mula meronta-ronta.
Disebabkan haus, saya teguk air sirap dengan sekali lahap.
Hasilnya?



Fakta sains: Susu tepung tak larut dalam air. Jangan jadi bodoh.

Wednesday, November 11, 2009

APA AKU BUAT KALAU BOSAN #1

Entri pertama untuk siri "Apa Aku Buat Kalau Bosan". Hehehe...

Ya, aku selalu rasa bosan, dan untuk menghilangkan kebosanan yang melanda, aku akan buat aktiviti-aktiviti yang aku suka. Antara benda yang paling aku suka buat ialah bermain dengan Photoshop. Serius, benda ni addicting kalau betul-betul minat! Aku pun dulu "blank" juga masa mula-mula kenal dengan aplikasi Photoshop ni. Tapi atas sebab ingin tahu yang tinggi, aku belajar aplikasi ni secara online. Apa susah, Google kan ada? Hehe...

Photoshop ni boleh buat macam-macam. Boleh buat graphic design, banner, photo-impose etc. Banyak juga artwork yang aku buat guna aplikasi ni. Terutamanya untuk design t-shirt. Tapi aku tak pernah upload pun di blog ni. Malas mahu upload, connection lembab macam kura-kura. Tapi, ada juga sesetengah artwork yang aku buat aku post di Facebook aku di dalam folder "Jus Otak Mengalir Deras". Itupun sebab mahu tag kawan-kawan aku. Maaf kepada sesiapa yang menjadi mangsa photo-impose yang aku buat tu (Joko, Zul, Sarie, Afiq dan beberapa nama lain). And sorry for the bad editing work. Hehe...

Aplikasi ni sebenarnya mudah saja, yang penting mesti ada minat dan idea. Aku pun masih belajar lagi tentang Photoshop ni. Masih banyak lagi benda yang aku tak tahu. Nanti kalau aku rajin, aku upload design-design yang aku buat guna Photoshop. Ok, chow dulu... Mahu makan, lapar...

p/s: Kamu buat apa kalau bosan? :)