Monday, March 7, 2011
OBSESI
Sekarang ni, saya ada obsesi baru. Basikal fixed gear. Hehe... Fixed gear ataupun lebih dikenali sebagai "fixie" adalah basikal yang menggunakan sistem gear mati. Untuk maklumat lebih lanjut, tanya Encik Google. Beliau sedia membantu. Saya mula bermain fixed gear pada bulan Jun 2010. Semuanya bermula apabila saya secara tidak sengaja menjumpai blog komuniti fixed gear Malaysia iaitu RATSKL. Sekarang ni, saya hanya pakai conversion sahaja, basikal road bike yang diconvert menjadi fixed gear. Masa mula-mula berjinak dengan sukan ni, memang sedih. Sebab hometown saya tiada jual gear mati. So, terpaksalah saya welding gear basikal tu terus ke hub. Syukur kerana saya ada ayah yang sangat supportive, beliau banyak membantu saya untuk membuat basikal fixed gear saya yang pertama yang masih saya gunakan sehingga hari ini. Masa mula-mula belajar pakai basikal fixed gear ni, macam-macam pengalaman yang saya dapat. Yalah, saya ni tinggal di Sandakan, dan memang basikal fixed gear belum wujud di sana. So, memang tiada tempat untuk saya membuat rujukan mengenai basikal fixed gear ni. Semuanya hasil daripada membaca forum dan google. Banyak parut yang saya dapat hasil daripada bermain basikal fixed gear, tapi saya tak pernah menyesal pun. Sebab saya buat sesuatu yang saya minat. Haha. Duit pun sudah banyak terkorban, tapi tak mengapalah, yang penting adalah kepuasan. Sekarang, hari-hari saya ride ke kelas. Paling awesome kalau kelas pagi, sejuk dan penuh dengan cabaran. Lagipun, basikal fixed gear ni jimat, tak banyak maintenance yang kena jaga, memang sesuai la untuk student macam saya ni. Dan ya, saya pakai basikal brakeless. Tapi of courselah saya pakai pedal strap, bahaya kalau ride brakeless tanpa pedal strap. Overall, basikal fixed gear ni memang banyak memberi kesan yang mendalam kepada saya. Sekarang saya tak perlu susah-susah berjalan kaki ke kelas, hehe... So, anda bila lagi? =)
Saturday, March 5, 2011
TERIMA KASIH "KAWAN"
Thanks.
Hari ini genap seminggu saya minta tolong dari kamu.
But still, tiada apa-apa.
Beginilah, kalau tak mahu tolong, cakap awal-awal supaya saya tak tertunggu-tunggu.
Senang.
Tak apa, nanti satu hari kamu minta tolong dari saya... Saya buat kamu tertunggu-tunggu, mahu?
Tidak, saya tak akan buat kamu macam tu. Sebab saya masih anggap kamu "kawan".
You know who you are. =)
Oh ya, maaf sebab lama tidak update. Saya sendiri pun lupa yang saya ada blog. Tak apa, nanti saya update lagi. Update yang panjang, saya janji. Hehe...
Hari ini genap seminggu saya minta tolong dari kamu.
But still, tiada apa-apa.
Beginilah, kalau tak mahu tolong, cakap awal-awal supaya saya tak tertunggu-tunggu.
Senang.
Tak apa, nanti satu hari kamu minta tolong dari saya... Saya buat kamu tertunggu-tunggu, mahu?
Tidak, saya tak akan buat kamu macam tu. Sebab saya masih anggap kamu "kawan".
You know who you are. =)
Oh ya, maaf sebab lama tidak update. Saya sendiri pun lupa yang saya ada blog. Tak apa, nanti saya update lagi. Update yang panjang, saya janji. Hehe...
Wednesday, November 3, 2010
INSOMNIA
Baru-baru in saya ada masalah tidur. Insomnia. Waktu-waktu exam, benda ni memang biasa terjadi pada saya. Bagusnya insomnia ni, kebanyakan masa tersebut saya lepaskan badan ke katil dan mula mengingat memori-memori lama. Tak semuanya gembira. Tak semuanya sedih. Kira seimbanglah. Kebanyakannya berkisar pada asam garam kehidupan budak yang baru 20 tahun hidup di dunia. Tiada yang istimewa.
Saya juga ada terfikir pasal mati. Sedih kan bila kita fikir yang kita semua akan mati? Selepas semua benda yang kita usahakan sepanjang hidup, kita akan pergi tinggal naif dan daif. Kadang-kandang saya takut, seolah-olah ada benda yang tak mampu saya selamatkan. Cukupkah amalan saya di dunia ni? Mungkin saya jauh dari tuhan. Sekarang pun jarang saya luangkan masa untuk Dia. Harap kamu tak macam saya. Pernah terdetik di hati saya unutuk berubah, tapi cuma hangat-hangat tahi ayam saja. Entahlah.
Saturday, October 23, 2010
ENTRI TANPA TAJUK
Kadang-kadang,
jasad kita tersekat kebebasannya,
tapi jiwa gembira.
Kadang-kadang,
jasad kita bebas merata-rata,
tapi jiwa sunyi.
jasad kita tersekat kebebasannya,
tapi jiwa gembira.
Kadang-kadang,
jasad kita bebas merata-rata,
tapi jiwa sunyi.
Wednesday, October 13, 2010
Thursday, August 26, 2010
OH SHIT #3
Hai, saya mahu cakap pasal kamera lagi. So, tadi Canon sudah umumkan kamera EOS yang baru. Ya, EOS 60D yang sudah lama dinantikan selepas EOS 7D. Gila betul, ada flip-screen tu! Oh ya, dengan pengeluaran kamera baru ni, EOS 50D tidak akan dikeluarkan lagi.










- 18 MP APS-C CMOS sensor
- Advanced creative features with Basic +
- Vari-angle 7.7cm (3.0”) 3:2 ratio LCD
- Full HD movies with manual control
- DIGIC 4
- ISO 100-6400, H:12800
- 5.3fps shooting for up to 58 JPEGs
- 9-point cross type AF System
- iFCL metering with 63-zone Dual-layer Sensor
- Integrated Speedlite transmitter
- In-camera RAW processing
Macam tengok porn, tapi dalam bentuk kamera. Hehe, joke. =P
Gambar saya curi di DPReview. Boleh semak detail kamera baru ni di sana.
Subscribe to:
Posts (Atom)

