Monday, September 7, 2009

SHITLIST

Ya, ya. Shitlist. Senarai yang MENYUSAHKAN dan MENJENGKELKAN aku. Aku tidak membenci mereka, mereka juga manusia bukan? Aku juga manusia, punya kelemahan diri. Cuma aku tidak faham kenapa mereka tidak sedar dan memperbaiki kelemahan tersebut.
Yang penting, mereka tetap menjengkelkan aku. Nak tahu siapa?

1. Orang yang tak pandai beratur semasa menaiki bas. Aku cukup jengkel dengan orang-orang begini. Susah sangat ka nak beratur, bodoh? Tak susah kan? Pakai otak la, kau ingat kau seorang saja yang ada kelas? Aku pun ada kelas. Pantang nampak bas sampai kat bustop, terus berebut macam orang kampung. Haih!

2. Orang yang tak pandai beratur semasa membayar. Tak kisahlah samada di koperasi atau di kafeteria. Sama sahaja. Takkan la di koperasi dan kafeteria kena ada sistem nombor bergilir macam di bank baru nak pandai tunggu giliran? Ingat kau saja ada duit? Aku pun ada duit nak bayar.

3. Orang yang tidak pandai menepati masa. Kalau dah janji nak datang jam 12, jam 12 lah. Yang kau datang jam 1 apa cerita? Jalan jam? Eat my ass! Susah sangat ka nak tepati waktu tu? Buang masa aku betul. Macam-macam boleh aku buat masa menunggu tahu tak?

4. Orang yang meminta makanan tanpa rasa hormat dan malu. Yang ini aku betul-betul jengkel. Bukan aku lokek, tapi kadang-kadang sakit hati kan kalau kita rasa lapar, tiba-tiba ada mamat dengan wajah selamba minta atau ambil terus makanan tu dari kita. Jengkel kan? Kalau kita lapar dan minta makanan dia pula, macam-macam alasan yang diberikan, kekasih belikanlah, laparlah, tak cukuplah. Selalu sangat terjadi. Perangai macam zionis. Mak bapak tak ajar adab ka? Kasihan.

5. Lelaki memakai baju merah jambu. Malas mahu komen lebih. Kombinasi warna merah jambu hanya sesuai dengan gadis, tahu tak? Tapi tidak mengapa, duit kamu, bukan duit aku.

6. Budak-budak yang gantung DSLR di leher tapi tak tahu apa-apa. Spesies ini kelakar sikit. Gantung DSLR macam profesional. Bila kita tanya apa itu ISO, Shutter Speed, Depth-of-Field, dia buat muka blur. Tengok setting kamera, FULL AUTO. Patutlah. Aku pun baru berjinak-jinak dalam fotografi, tapi sekurang-kurangnya aku tahu manual mode, apa itu ISO dan WB, apa fungsi AV/TV dan sebagainya. Maaf, tapi lebih baik kamu simpan sahaja DSLR kamu dalam beg kalau kamu hanya pandai guna FULL AUTO. Ya?

7. Budak shuffle. Ini trend yang paling bodoh dalam sejarah peradaban manusia. Maaf kalau pendapat kamu bertentangan ya? Tapi aku sangat-sangat tidak suka melihat atau terlihat budak-budak baru nak kenal dunia bershuffle depan supermarket atau dimana sahaja. Macam monyet. Aku pernah tengok adik aku cuba-cuba mahu shuffle, aku directly tendang kaki dia sampai jatuh. Kisah benar. Aku bukan abang yang baik (cerita lain).

8. Orang yang meludah di merata-rata tempat. Selalunya orang-orang tua yang buat perangai begini. Sepatutnya, golongan-golongan ini menunjukkan sikap yang baik. Tapi tidak. Selamba saja meludah di hadapan orang, di kedai makan dan sebagainya. Pengotor. Baik duduk rumah diam-diam.

Baiklah, itu sahaja. Nanti aku tambah lagi. Perut dalam keadaan kosong, susah mahu berfikir. Biasalah, puasa. Kamu puasa tak?

1 comment:

K. Emmanoelle said...

i strongly agree with u.
nda apa jak la cool sgt dgn shuffle ni. duhhh bida pn..