Tuesday, November 10, 2009

ENTRI TANPA TAJUK KHAS

Akhirnya, settle juga paper ACC114. Hampir berdarah hidung aku menjawab soalan-soalan akaun ni. Lupakan pasal ACC114, sekarang aku mahu fokus untuk paper ECO211. Serius, aku agak "blank" kalau bercerita pasal subjek ni. So, memandangkan aku ada 4 hari untuk belajar, aku akan cuba untuk mendalami subjek ini dengan serius. Chewah!

Tukar cerita, agak lama juga aku tak menulis panjang di blog ni. Sebenarnya aku tak pernah pun tulis panjang-panjang dalam blog ni, sebab aku memang tiada idea. Kebanyakan entri-entri yang aku post, lebih berat ke arah gambar. Hehehe... Aku punya blog, suka hati aku la mahu upload apa. Apa-apa pun, terima kasih sebab follow blog yang bosan ni. Serius, aku terharu. Hehehe... Bermula hari ini, aku berjanji kepada diri sendiri untuk update blog aku ni sekerap mungkin dengan lebih banyak info-info, tulisan-tulisan yang panjang dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, melalui gambar pun boleh ceritakan segala-galanya kan?

Oh ya, aku mahu buat siri "APA AKU BUAT KALAU BOSAN". Siri pasal benda-benda yang biasa aku buat kalau aku bosan dan punya banyak masa untuk dibuang, hehehe. Aku harap kamu enjoy la siri yang bakal aku buat ni, ya?
Ok, chow... Cukup sampai disini, aku mahu tidur dulu. Aku mahu balas balik waktu tidur aku yang terjejas gara-gara belajar ACC114 secara serius. Kepada sesiapa yang menduduki peperiksaan, semoga berjaya dan selamat menjawab kertas soalan. And thanks to Felicea for following my lame blog, hehe... Adios...

4 comments:

RiEZ said...

Test2

Ezra said...

testing2...

Ezra said...

at last bole comment.. ahahaha
ur very welcome mr.riez..
i follow ur blog sbb i like all the pictures yg ko ambi..
VERY nice.. :P
Post lagi byk2 gmbr ah.. sya sangat suka gambar2 yg santik2.. :)

RiEZ said...

hehe, tentiu2... sy masih amatur lagi..
yup, nnt sy post lagi pic2 yg besh k, thanx!