Monday, March 7, 2011

OBSESI


Saya dan basikal saya A.K.A. teman wanita #2

Sekarang ni, saya ada obsesi baru. Basikal fixed gear. Hehe... Fixed gear ataupun lebih dikenali sebagai "fixie" adalah basikal yang menggunakan sistem gear mati. Untuk maklumat lebih lanjut, tanya Encik Google. Beliau sedia membantu. Saya mula bermain fixed gear pada bulan Jun 2010. Semuanya bermula apabila saya secara tidak sengaja menjumpai blog komuniti fixed gear Malaysia iaitu RATSKL. Sekarang ni, saya hanya pakai conversion sahaja, basikal road bike yang diconvert menjadi fixed gear. Masa mula-mula berjinak dengan sukan ni, memang sedih. Sebab hometown saya tiada jual gear mati. So, terpaksalah saya welding gear basikal tu terus ke hub. Syukur kerana saya ada ayah yang sangat supportive, beliau banyak membantu saya untuk membuat basikal fixed gear saya yang pertama yang masih saya gunakan sehingga hari ini. Masa mula-mula belajar pakai basikal fixed gear ni, macam-macam pengalaman yang saya dapat. Yalah, saya ni tinggal di Sandakan, dan memang basikal fixed gear belum wujud di sana. So, memang tiada tempat untuk saya membuat rujukan mengenai basikal fixed gear ni. Semuanya hasil daripada membaca forum dan google. Banyak parut yang saya dapat hasil daripada bermain basikal fixed gear, tapi saya tak pernah menyesal pun. Sebab saya buat sesuatu yang saya minat. Haha. Duit pun sudah banyak terkorban, tapi tak mengapalah, yang penting adalah kepuasan. Sekarang, hari-hari saya ride ke kelas. Paling awesome kalau kelas pagi, sejuk dan penuh dengan cabaran. Lagipun, basikal fixed gear ni jimat, tak banyak maintenance yang kena jaga, memang sesuai la untuk student macam saya ni. Dan ya, saya pakai basikal brakeless. Tapi of courselah saya pakai pedal strap, bahaya kalau ride brakeless tanpa pedal strap. Overall, basikal fixed gear ni memang banyak memberi kesan yang mendalam kepada saya. Sekarang saya tak perlu susah-susah berjalan kaki ke kelas, hehe... So, anda bila lagi? =)

No comments: